TAHU BACA
'baca gudang ilmu' baca merupakan satu perkataan yang sangat penting dalam kehidupan kita seharian........sebagai seorang guru kita sentiasa berusaha dalam mendidik anak murid kita supaya tidak keciciran dalam mencari ilmu samada dunia dan bekalan di akhirat
Saturday 25 February 2012
Saturday 10 December 2011
cara baca
Kenapa bentuk piramid. Bentuk piramid ini menunjukkan proses dalam kaedah mengajar membaca kepada kanak-kanak.
1. Langkah pertama mengenal huruf
2. Mengeja dan membunyikan sukukata
3. Mengeja dan menyebut perkataan mudah
Piramid terbalik
1. Mengenal, mengeja, membunyi perkataan
2. Mengeja sukukata
3. Mengenal huruf
Terpulang kepada guru untuk menggunakan piramid atau piramid terbalik untuk mengajar membaca kepada kanak-kanak. Namun bergitu guru perlu bijak untuk menilai kemampuan kanak-kanak bagi mengikut cara yang paling sesuai
Tuesday 29 November 2011
Kaitan dengan Teori Behaviourrisme
Kaedah abjad yang dilakukan di sekolah rendah menekankan pada peringkat yang paling awal murid dikehendaki menghafal dan mengenal kesemua 26 huruf dari a hingga z. Kemudian guru menggabungkan konsonan dan vokal untuk membentuk pelbagai sukukata. Contohnya bo + la = bola , ru + sa = rusa dan sebagainya. Disini murid dikehendaki mengeja dan membaca sukukata dalam kumpulan besar, kumpulan kecil dan individu.
Selepas proses ini diulang-ulang membaca sukukata-sukukata yang pelbagai, guru akan mencantumkan sukukata-sukukata tadi menjadi perkataan mudah seperti bola, rusa dan sebagainya. Seterusnaya guru akan mengajar murid membaca rangkaikata dan berterusan hingga ke ayat. Semua peringkat pengajaran yang dilalui oleh murid adalah menggunakan konsep latih tubi dan ganjaran di berikan di mana yang sesuai dan perlu
Sunday 13 November 2011
kenal abjad
Sebelum murid pandai membaca, mereka perlu mengenal abjad abc terlebih dahulu. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan bagi murid cepat mengenal abjad. Antaranya ialah dengan menamakan setiap murid yang ada didalam kelas dengan abjad dari a sampai ke z. Setiap murid juga dibekalkan dengan tag abjad. Semasa didalam kelas semua murid dikehendaki memperkenalkan diri dan memanggil kawan mereka dengan abjad yang disediakan oleh guru. Apabila mereka memanggil kawan mereka dengan abjad secara tidak langsung membantu kawan mereka mengenal huruf abjad. Aktiviti ini dijalankan sehingga semua murid menguasai semua abjad.
Monday 17 October 2011
kemahiran membaca2
Semua ibubapa dan penjaga mengharapkan yang terbaik untuk anak mereka, apabila menghantar anak ke sekolah. Begitu juga seorang guru sentiasa ingin menghasilkan produk yang berkualiti, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iatu melahirkan insan yang seimbang dan menyeluruh dari aspek JERI....Biasanya apabila anak pulang dari sekolah ibubapa akan bertanya apa yang belajar hari ini?...dah boleh baca ke? cuba baca ayah nak dengar?
Dari dulu hingga sekarang pelbagai cara dan teknik yang digunakan oleh guru bagi mengajar anak muridnya. Tujuannya tidak lain supaya anak didiknya dapat menguasai kemahiran membaca. Kalau zaman 70an, cara yang paling popular dan berkesan ialah setiap murid mesti mengenal huruf a hingga z. Dimana dengan teknik ini murid mesti boleh menyebut, mengecam dan mengenal huruf terlebih dahulu dengan betul. Sekiranya murid sudah mengenal kesemua huruf barulah, guru memulakan fasa yang seterusnya........http://youtu.be/T_b5t-iwzRM
Dari dulu hingga sekarang pelbagai cara dan teknik yang digunakan oleh guru bagi mengajar anak muridnya. Tujuannya tidak lain supaya anak didiknya dapat menguasai kemahiran membaca. Kalau zaman 70an, cara yang paling popular dan berkesan ialah setiap murid mesti mengenal huruf a hingga z. Dimana dengan teknik ini murid mesti boleh menyebut, mengecam dan mengenal huruf terlebih dahulu dengan betul. Sekiranya murid sudah mengenal kesemua huruf barulah, guru memulakan fasa yang seterusnya........http://youtu.be/T_b5t-iwzRM
Thursday 6 October 2011
Saturday 1 October 2011
kemahiran membaca
Sememangnya tidak dapat dinafikan pentingnya aktiviti membaca di dalam kehidupan. Membaca menjadi akar tunjang kekuatan seseorang individu, malah sesuatu bangsa dan sesebuah negara. Dikatakan bahawa betapa kuat pun sistem ketenteraan atau sistem ekonomi sesebuah negara, pasti akan tumbang jua akhirnya jika tidak didasari oleh ketinggian ilmu pengetahuan. Di peringkat awal, sudah tentu ilmu pengetahuan diperoleh melalui proses pembacaan.kepentingan ini dapat kita lihat di dalam filem "pendekar bujang lapok".terdapat beberapa kaedah dan cara yang boleh digunapakai oleh seorang guru bagi membantu murid untuk menguasai kemahiran membaca ataupun TAHUBACA
http://youtu.be/DmIaet4yiMc
http://youtu.be/DmIaet4yiMc
Subscribe to:
Posts (Atom)