Saturday 10 December 2011

cara baca

 
Kenapa bentuk piramid. Bentuk piramid ini menunjukkan proses dalam kaedah mengajar membaca kepada kanak-kanak. 
1. Langkah pertama mengenal huruf
2. Mengeja dan membunyikan sukukata
3. Mengeja dan menyebut perkataan mudah



Piramid terbalik
1. Mengenal, mengeja, membunyi perkataan
2. Mengeja sukukata
3. Mengenal huruf 

Terpulang kepada guru untuk menggunakan piramid atau piramid terbalik untuk mengajar membaca kepada kanak-kanak. Namun bergitu guru perlu bijak untuk menilai kemampuan kanak-kanak bagi mengikut cara yang paling sesuai

Tuesday 29 November 2011

Kaitan dengan Teori Behaviourrisme

Berdasarkan teori ini, pemerolehan bahasa kanak-kanak boleh dilakukan dengan cara latih tubu atau diulang-ulang. Contohnya murid-murid sekolah rendah atau awal kanak-kanak, tidak dapat mengenal huruf-huruf vokal dan konsonan bahasa Melayu. Bagaimanpun melalui proses latih tubi dilakukan, maka kanak-kanak tersebut akan dapat mengenal dan mengingati huruf tersebut. Pendekatan latih tubi banyak dilakukan di peringkat sekolah rendah terutamanya dalam proses mengeja dan membaca serta menulis.

Kaedah abjad yang dilakukan di sekolah rendah  menekankan pada peringkat yang paling awal murid dikehendaki menghafal dan mengenal kesemua 26 huruf dari a hingga z. Kemudian guru menggabungkan konsonan dan vokal untuk membentuk pelbagai sukukata. Contohnya bo + la = bola , ru + sa = rusa  dan sebagainya. Disini murid dikehendaki mengeja dan membaca sukukata dalam kumpulan besar, kumpulan kecil dan individu.
                      
Selepas proses ini diulang-ulang membaca sukukata-sukukata yang pelbagai, guru akan mencantumkan sukukata-sukukata tadi menjadi perkataan mudah seperti bola, rusa dan sebagainya. Seterusnaya guru akan mengajar murid membaca rangkaikata dan berterusan hingga ke ayat. Semua peringkat pengajaran yang dilalui oleh murid adalah menggunakan konsep latih tubi dan ganjaran di berikan di mana yang sesuai dan perlu



                                                

Sunday 13 November 2011

kenal abjad


Sebelum murid pandai membaca, mereka perlu mengenal abjad abc terlebih dahulu. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan bagi murid cepat mengenal abjad. Antaranya ialah dengan menamakan setiap murid yang ada didalam kelas dengan abjad dari a sampai ke z. Setiap murid juga dibekalkan dengan tag abjad. Semasa didalam kelas semua murid dikehendaki memperkenalkan diri dan memanggil kawan mereka dengan abjad yang disediakan oleh guru. Apabila mereka memanggil kawan mereka dengan abjad secara tidak langsung membantu kawan mereka mengenal huruf abjad. Aktiviti ini dijalankan sehingga semua murid menguasai semua abjad.
                   

Monday 17 October 2011

kemahiran membaca2

Semua ibubapa dan penjaga mengharapkan yang terbaik untuk anak mereka, apabila menghantar anak ke sekolah. Begitu juga seorang guru sentiasa ingin menghasilkan produk yang berkualiti, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iatu melahirkan insan yang seimbang dan menyeluruh dari aspek JERI....Biasanya apabila anak pulang dari sekolah ibubapa akan bertanya apa yang belajar hari ini?...dah boleh baca ke? cuba baca ayah nak dengar?

Dari dulu hingga sekarang pelbagai cara dan teknik yang digunakan oleh guru bagi mengajar anak muridnya. Tujuannya tidak lain supaya anak didiknya dapat menguasai kemahiran membaca. Kalau zaman 70an, cara yang paling popular dan berkesan ialah setiap murid mesti mengenal huruf a hingga z. Dimana dengan teknik ini murid mesti boleh menyebut, mengecam dan mengenal huruf terlebih dahulu dengan betul. Sekiranya murid sudah mengenal kesemua huruf barulah, guru memulakan fasa yang seterusnya........http://youtu.be/T_b5t-iwzRM

Saturday 1 October 2011

kemahiran membaca

Sememangnya tidak dapat dinafikan pentingnya aktiviti membaca di dalam kehidupan. Membaca menjadi akar tunjang kekuatan seseorang individu, malah sesuatu bangsa dan sesebuah negara. Dikatakan bahawa betapa kuat pun sistem ketenteraan atau sistem ekonomi sesebuah negara, pasti akan tumbang jua akhirnya jika tidak didasari oleh ketinggian ilmu pengetahuan. Di peringkat awal, sudah tentu ilmu pengetahuan diperoleh melalui proses pembacaan.kepentingan ini dapat kita lihat di dalam filem "pendekar bujang lapok".terdapat beberapa kaedah dan cara yang boleh digunapakai oleh seorang guru bagi membantu murid untuk menguasai kemahiran membaca ataupun TAHUBACA
http://youtu.be/DmIaet4yiMc